Kelestarian Turath Bahasa Arab Di Pondok-pondok Sebagai Pemangkin Tradisi Ilmu (Satu Tinjauan Awal Lituratur)

Authors

  • Khairatul Akmar Abd Latif KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
  • Mohamad Rofian Ismail KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
  • Ahmad Redzaudin Ghazali KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
  • Nur Syahirah Zulkapeli KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i2.91

Keywords:

Kelestarian, Sumbangan, Kitab Turath, Sistem Pondok

Abstract

Kelestarian ilmu bahasa Arab di pondok-pondok mempunyai hubungan yang kuat di antara teknik pengajaran yang dipraktikkan oleh guru mereka serta kitab turath bahasa Arab yang digunakan. Sistem pengajian di pondok sememangnya antara satu wadah bagi menjaga kelestarian ilmu bahasa Arab. Penelitian kajian ini bertujuan untuk memperoleh pemahaman mengenai sumbangan kitab-kitab turath bahasa Arab dalam memastikan kelestarian ilmu bahasa Arab di pondok-pondok melalui pengajian kitab turath bahasa Arab. Fokus kajian ini  dilakukan terhadap jenis-jenis kitab turath yang digunakan serta  bagaimana amalan dan teknik yang digunakan dalam pengajian sistem pondok agar ianya dapat membantu para pelajar dalam memahami setaip subjek pembelajaran mereka dalam semua bidang pengajian Islam seperti ilmu feqah, usuluddin dan tasawuf. Proses mendapatkan maklumat dalam kajian ini menggunakan instrumen kajian kaedah temubual. Prosedur analisis data bermula dengan proses coding melalui tema yang telah ditentukan sebelum temubual dilaksanakan dengan peserta kajian. Seterusnya dinilai frekuensi data setiap tema yang diperoleh untuk  menentukan kedudukan setiap maklumat yang dikaji dari ciri-ciri kitab turath bahasa Arab di pondok-pondok,  teknik penilaian yang digunakan oleh guru-guru pondok bagi memastikan kefahaman pelajar, kaedah dan amalan pengajaran bahasa Arab di pondok-pondok. Dapatan bakal melihat jenis kitab turath yang digunakan, bagaimana guru-guru pondok menggunakan teknik & kaedah dan amalan serta penilaian kefahaman  bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran kitab turath  yang dilakukan.

References

Normazidah Mahmood (2012). Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab dalam Kalangan Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian.Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya.

Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan Pengaruhnya di Malaysia, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahrom Yusoff (2003). Sistem Pengajian Pondok di Kedah, Latihan Ilmiah, UKM: Jabatan Syariah.

Zaharah L . Abdullah (1977/78), Pendidikan Pondok di Kalangan Masyarakat Islam di Kedah (1840an - 1957M), Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Ishak. (1992). Islam di India, Nusantara dan China. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Abdullah Muhammad Zin et al. 2007. Pendidikan Islam di Malaysia Dari Pondok Ke Universiti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asma’ Wardah Surtahman. (2009). Tuan Guru Hj. Ghazali b. Abdullah : sumbangan dalam penubuhan pondok tunjang, Kelantan dan penerbitan majalah al-fununiah. Proceeding of Malaysia Conferenceon Arabic Studies and Islamuc Civilization, hlm. 135-150

Madmarn, H. (2002). The Pondok and Madrasah in Patani. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.Mohd Roslan Mohd Nor et al. 2011. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia. Vol, 6,No. 1

Nazneen Ismail, and Nurzatil Ismah Azizan, and Siti Mursyidah Mohd Zin, (2021) Peranan guru pengajian turath dalam pembentukan sahsiah pelajar di pondok. Al-Hikmah, 13 (1). pp. 43-71. ISSN 1985-6822

Ghazali Darulsalam & Sufean Hussin (2016). Metodologi Penyelidikan dalam Pendidikan, Amalan dan Analisis Kajian. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Downloads

Published

2021-11-30

How to Cite

Abd Latif, K. A., Ismail, M. R., Ghazali, A. R., & Zulkapeli, N. S. (2021). Kelestarian Turath Bahasa Arab Di Pondok-pondok Sebagai Pemangkin Tradisi Ilmu (Satu Tinjauan Awal Lituratur). E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 3(2), 56-68. https://doi.org/10.53840/ejbl.v3i2.91