Masalah Pemilihan Kata Preposisi “di” + Lokasi Dalam Penulisan Ayat Mudah Bahasa Perancis Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Perancis Sebagai Bahasa Asing

Problems of Choosing the Preposition of Location that Represents “in” When Writing Simple Sentences in The French Language Among Learners Of French as a ForeignLanguage

Authors

  • Shobehah Abdul Karim Miss
  • Vijayaletchumy Subraniam

DOI:

https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i2.122

Keywords:

kata preposisi, penulisan, Bahasa Perancis, pelajar bahasa asing, kesalahan

Abstract

Penguasaan tatabahasa(TB) asas bahasa asing(BA) dengan baik membantu menyampaikan maklumat dengan tepat dalam penulisan. Justeru, kajian pembelajaran Bahasa Perancis(BP) sebagai BA ini memfokuskan kepada kemahiran penulisan ayat mudah BP dan terbatas kepada kesalahan kata preposisi (KP) BP  kertas ujian akhir semester BP 2. Responden kajian terdiri daripada 70 orang pelajar BP 2 (WFD10201) Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI). Dokumen kajian adalah karangan pendek soalan 11, bahagian A. Kesalahan TBBP dianalisis menggunakan Taksonomi Kesilapan Dulay, Burt dan Krashen (1982). Terdapat 75 kesalahan pemilihan KP BP, di mana kesalahan KP /à/ (di) + lokasi selepas kata kerja “HABITER”, “ETRE”, “ETUDIER” dan “ARRIVER” adalah yang tertinggi, iaitu 30 atau 40% telah dikenal pasti. Dapatan menunjukkan 30 kesalahan pemilihan KP BP berpunca daripada kepelbagaian bentuk KP “di” dalam BP iaitu /à/, “en”, “à la”, “à l’”, “au” atau “aux”, di mana /à/ digunakan bagi nama khas tempat, bandar atau pulau, manakala “en”, “au” atau “aux” untuk negara dan gabungan “à la”, “à l’”, “au” atau “aux” pula adalah kata depan bagi nama am tempat. KP BP /à/ adalah sama dengan “di” BM, sementara pilihan antara “en”, “au” atau “aux” perlu mengambil kira faktor gender, bentuk tunggal atau jamak. Selain itu, terdapat juga KP “dans” dan beberapa pengecualian dalam pemilihan KP BP ini. Hasil kajian menunjukkan perbezaan elemen preposisi BP-BM mengelirukan pelajar dalam pemilihan KP yang tepat, manakala persamaan elemen preposisi BP-BM membantu pelajar dalam membina ayat dengan betul. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal jenis kesalahan pemilihan KP BP dalam dalam kalamgan pelajar BP sebagai BA di Malaysia dan membantu pengajar BP sebagai BA merancang strategi pengajaran KP BP  yang berkesan

References

JURNAL:

Malik, Fatin Najlaa and Hassan @ Hussin, Omrah and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2019) Perbandingan penggunaan kata sendi nama 'di' dalam lagu Gurindam Jiwa dan terjemahannya dalam bahasa Perancis. Jurnal Linguistik, 23 (2). pp. 51-60. ISSN 1823-9242

Ismail, Alhaadi and Zainon Hamzah, Zaitul Azma (2018) Analisis kesalahan dalam penulisan pelajar bahasa kedua dari aspek morfologi. Jurnal Linguistik, 22 (1). pp. 24-31. ISSN 1823-9242

Haji Mohd Nor, M., Zainon Hamzah, Z. A., Husain, S., & Che Su, N. (2015). Analisis Konstrastif Pembentukan Kata Adjektif Bahasa Melayu dan Bahasa Sepanyol : EDUCATUM Journal of Social Sciences, 1(1), 1–13.

Halim, H.A., & Hoon, A.L. (2015). Kesalahaan Pemilihan dan Pembentukan Kata dalam Terjemahan Bahasa Perancis. GEMA Online Journal of Language Studies, 15(2): 151-161

Abdul Halim, H. (2013). Analisis kesilapan dan strategi pembelajaran gender gramatikal bahasa Perancis. GEMA Online™ Journal of Language Studies, 13(1): 169-184.

BUKU:

Dulay, H. (1982). Language two. Oxford University Press, 200 Madison Ave., New York, NY 10016.

TESIS

Abdul Halim, H. (2011). Pengaruh Malay Language Dalam Strategi Komunikasi Penulisan Bahasa Perancis. Unpublished Ph.D. thesis. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.

Mohd Nor, M.H. (2015). Perbandingan Bentuk Kata Adjektif Bahasa Sepanyol Dengan Malay Language Dalam Penulisan Pelajar IPTA. Unpublished Ph.D. thesis. Universiti Putra Malaysia, Serdang, Malaysia.

Downloads

Published

2022-11-30

How to Cite

Abdul Karim, S., & Subraniam, V. . (2022). Masalah Pemilihan Kata Preposisi “di” + Lokasi Dalam Penulisan Ayat Mudah Bahasa Perancis Dalam Kalangan Pelajar Bahasa Perancis Sebagai Bahasa Asing: Problems of Choosing the Preposition of Location that Represents “in” When Writing Simple Sentences in The French Language Among Learners Of French as a ForeignLanguage . E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 4(2), 109-123. https://doi.org/10.53840/ejbl.v4i2.122