Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM

Application of ‘4C Concept' in 21st Century Learning Among Student Teachers for Master in Education for Arabic in School Holiday Mode, IIUM

  • Muhammad Sabri bin Sahrir Jabatan Bahasa dan Literasi, Kulliyyah Pendidikan, UIAM
  • Nurulhuda Osman Jabatan Bahasa Al-Quran, Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Ilyani Syiham Muhammad Jabatan Bahasa Al-Quran, Pusat Bahasa dan Pembangunan Akademik Pra-Universiti (CELPAD), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Keywords: Bahasa Arab, PAK21, kreativiti, pemikiran kritis, kolaborasi dan komunikasi

Abstract

ABSTRAK

Artikel ini bertujuan untuk menilai amalan kendiri dalam kalangan guru pelajar Mod Pengajian Sarjana Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), kampus Gombak, Kuala Lumpur dalam pengaplikasian konsep Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah-sekolah mereka. Seramai 30 orang guru pelatih jurusan Pengajian Sarjana Pendidikan Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua telah terlibat sebagai responden kajian semasa tempoh pengajian yang diadakan selama 3 minggu dari 2 Disember hingga 20 Disember 2019 di Kampus Induk UIAM Gombak. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif yang disokong oleh soalan terbuka bagi mendapatkan respons penambahbaikan yang patut dilakukan di sekolah masing-masing dalam melaksanakan PAK21. Para responden dikehendaki menjawab 20 item melalui empat konstruk ciri-ciri PAK21 atau ‘Konsep 4C’ iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication) melalui soal selidik kajian yang diubahsuai menggunakan skala likert lima mata. Analisis kajian hanya melibatkan deskriptif kekerapan, peratusan, dan analisis tema kualitatif daripada soalan terbuka bagi melaporkan dapatan kajian. Hasil kajian secara keseluruhan mencatatkan tahap kekerapan dan peratusan tinggi dan sederhana bagi keempat-empat ‘Konsep 4C’ iaitu kreativiti (creativity), pemikiran kritis (critical thinking), kolaborasi (collaborative) dan komunikasi (communication). Dapatan soalan terbuka juga turut mengumpulkan cadangan penambahbaikan yang patut dilakukan di sekolah masing-masing dalam melaksanakan PAK21 secara teori dan praktikal dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab di Malaysia.

ABSTRACT

This article aims to assess self-practice among student teachers in Master of Education in Teaching Arabic to Non Native Speaker (M.ED TANAS) for School Holiday mode at International Islamic University Malaysia (IIUM), Gombak Campus, Kuala Lumpur in the application of learning 21st Century Education (PAK21) in Teaching and learning (PdP) in their schools. A total of 30 teachers from Master of Education in Teaching Arabic to Non Native Speaker (M.ED TANAS) for School Holiday mode was involved as a respondent during the study period which was held for 3 weeks from 2 December to 20 December 2019 at the IIUM main campus. The design of this study employs a descriptive quantitative approach supported by open ended questions to obtain in-depth responses in implementing PAK21. The respondents were required to answer 20 items through the four elements of the PAK21 or 'concept of 4C ', namely creativity (creativity), critical thinking (critical have), collaboration (collaborative) and communication (communication) through a a modified survey by using 5 Likert scales. The analysis only involves a descriptive frequency, percentage, and a qualitative theme analysis from open ended question in reporting the findings of the study. The results of the study showed high and moderate percentages of the four ' concept of the 4C', namely creativity (creativity), critical thinking (critical have), collaboration (collaborative) and communication (communication) . The finding of open ended question also collects the proposed improvement to be implemented in their schools in applying PAK21 theoreticaly and practically in the context of teaching and learning (PdP) of Arabic language in Malaysia.

Keywords: Arabic, PAK21, creativity, critical thinking, collaboration and communication.

References

Abdul Razif Zaini, Noor Shamsinar Zakaria, Ahmad Redzaudin Ghazali, Mohd Rofian Ismail, Hasmadi Hamdan, Ahmad Zabidi Abdul Razak, Rushdan Azizan, Naqibah Mansor. (2017), Kompetensi Guru Bahasa Arab Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia. Laporan Geran Penyelidikan Inovasi KUIS 2016.

Ainun Rahmah Iberahim, Zamri Mahamod dan Wan Muna Ruzanna Wan Mohamad (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap, Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah (21th Century Learning and the Influence of Attitude, Motivation, and Achievements Malay Language Secondary School Student). Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM (Malay Language Education Journal – MyLEJ). ISSN: 2180-4842. Vol. 7, Bil. 2 (Nov. 2017): 77-88

Azalya Ayob. 2003. Kepentingan kemahiran generik di kalangan pekerja di industri elektrik dan elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia.

Aziz Omar. (2011). Kualiti Pelajar Praktikum Institut Pendidikan Guru Kampus Dato‟ Razali Ismail. Jurnal Penyelidikan Muaddib, Jilid VII, 72-86.

Buletin Anjakan. (2015) . Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Bil.4). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Cikgu Hailmi.com (2016). Konsep 4C dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21): Malaysia. [online] Diperolehi di http://www.cikguhailmi.com/2016/03/konsep-4c-dalam-pembelajaran-abad-21.html. [Diakses pada April 15, 2017].

Husni Abdullah, Abd Razif Zaini, Khairatul Akmar Ab Latif, Hasanah Ihsan, Ku Fatahiyah Ku Azizan, Wan Sakiah Wan Ngah, Naqibah Mansor (2018). Pendidikan Abad Ke-21 Dalam Pengajaran Bahasa Arab Di Sekolah Menengah Di Malaysia: Amalan Dan Cabaran. International Research Management & Innovation Conference (5th IRMIC 2018) Palm Garden Hotel, Putrajaya 7 August 2018

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Masyuniza Yunos & Zamri Mahamod. (2013). Penyepaduan Kemahiran Abad Ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu Kali Pertama, 338-352.

Pendidik2u.my (2018). Apa Itu Pembelajaran Abad Ke 21 (PAK21). Pautan: https://www.pendidik2u.my/pembelajaran-abad-ke-21-pak21/

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. (2006). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. (2013). Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Raja Abdullah Raja Ismail, Daud Ismail (2018). Aplikasi ‘Konsep 4c’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Pengajian Agama Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Asian People Journal (APJ) ISSN: 2600-8971, Volume 1, Issue1 (2018), PP 45-65 www.uniszajournals.com/apj

Rohani Arbaa, Hazri Jamil dan Mohammad Zohir Ahmad (2017). Model Bersepadu Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam Pengajaran dan Pembelajaran Integrated Model of Infusing 21st Century Skills in Teaching and Learning. Jurnal Pendidikan Malaysia 42(1)(2017): 1-11

Published
2020-05-30
How to Cite
Sahrir, M. S., Osman, N., & Muhammad, I. S. (2020). Aplikasi ‘Konsep 4C’ Pembelajaran Abad Ke-21 Dalam Kalangan Guru Pelajar Sarjana Mod Pengajian Pendidikan Bahasa Arab Cuti Sekolah UIAM. E-Jurnal Bahasa Dan Linguistik (e-JBL), 2(1), 12-22. Retrieved from http://ejbl.kuis.edu.my/index.php/e-jbl/article/view/33